Wednesday 29 January 2014

Hati - Apa ada dalam hati?

HATI

Salah satu organ vital dalam seseorang. Apa ada dalam hati? Betulkah hati sering dikaitkan dengan perasaan? Kenapa mesti hati? Kenapa tidak hempedu, paru-paru atau buah pinggang?

Apa ada dalam hati? Hanyalah darah2 yg mengalir di pam ke seluruh tubuh/jasad manusia. Apa istimewanya hati? Kerana hati lah kita berperasaan...

Macam x logik je kan? Tapi itulah indahnya kejadian manusia. Perasaan kasih, sayang, rindu, marah, benci, sakit hati dan sebagainya terbit dari hati... Apa istimewanya hati manusia? Haiwan juga punyai hati...tapi berperasaan kah hati haiwan? Tiada raser, yang ada hanya lah naluri kebinatangan nya sahaja.

Hanya manusia sahaja lah yg mempunyai pelbagai raser dalam hati seperti di atas.

Aduh, sulit sangat kah nk memahami...? Ya, nampaknya seolah-olah terlalu sulit untuk difahami.
Perasaan yang terbit dari hati itu lah yang minta dibelai setiap masa. Perasaan itu juga lah yang sering membuai mimpi-mimpi indah di benak fikiran.

Betapa indahnya hati ketika ia disemai cinta, dan betapa sakitnya hati bila ia terluka. Semua nya terletak pada hati. Sukarnya juga untuk dimengertikan akan hati. Sering kali diri sendiri tidak bisa juga untuk mengawal hati, seolah-olah hati ini punya benak yang lain dari otak kita yang satu, yang dengan sendirinya mengawal apa yang hati itu sendiri mahu raser. Yang sakitnya adalah tuan punya diri kerana terpaksa melayan hati sendiri.

Jangan cakaplah klu hati dilukai...aduh, itu yang paling tidak mahu, paling mahu dihindarkan. Sebabnya mudah aje, kerana luka di hati amat sukar untuk dipulihkan...parutnya walau tiada, pasti meninggalkan kesan yang dalam. Yang amat pedih, yang pasti sukar untuk dilupai oleh minda.

Hati juga seringkali mencurangi diri kita sendiri. Kadang2 kita sendiri tak bisa nak mengawal apa yang bakal diraserkan oleh hati.

Sering kali itu juga aku sendiri terjebak dalam permainan hati sendiri dan akhirnya aku juga tewas kepada kehendak hati...

Duhai hati, bertabahlah di kau...



No comments:

Post a Comment